follow? ikut lha, aku tak taruk bayaran pongg. :)

Sunday 10 March 2013

mungkin

  "pena ku menari mencoretkan sebuah puisi kelukaan.. gurindam jiwa,cinta dan airmata.. di kamar hati ini. masih ada sembunyi, kenangan yang tak mampu ku lemparkan jauh.."

"manisnya pertemuan.. pahitnya perpisahan.. segala kini tidak dapat untukku bahasakan.. "

dia jauh melangkah pergi.. tanpa menoleh lagi.. sedangkan aku.......masih menjejaki bayang-bayang yang dia sembunyikan itu..dan masih merindui kenangan lalu yang baginya dah basi dan tak lalu untuk dijamah walaupun hanya mata..

sedangkan aku masih merindui 'kita' seperti dulu.. dan menunggu dia macam selalu,, dan seharusnya dia tahu.. tapi dia seolah-olah membiarkan otaknya berfikir sendiri tapi menggunakan hati.. dan dia masih tetap seperti dulu..seperti hari pertama aku mula menyayanginya.. seperti hari pertama aku mulai jatuh hati padanya..seperti hari pertama aku mula ingin menjadi miliknya, sepenuhnya..

'untuk bersamamu..kesabaran membakar fikiran...'

mungkin itu hanya detik pertama aku untuk mula berfikir tentangnya.. detik pertama aku untuk mula menggembirakannya.. detik pertama aku untuk mengambil berat tentangnya..

namun.... dan mungkin...

itu hanya detik terakhir dia mengenang aku.. detik terakhir dia mencintai aku.. detik terakhir dia..menganggap aku segalanya....

'wahai kekasih.. bersabarlah menempuhi dugaan.. kita berdaya,tlah berusaha untuk berdua..'

dulu dia yang bersungguh.. sekarang...dia seolah-olah balas dendam..akukah yang bersalah ? dia selalu mengomel..bila aku lebih memilih kawan dari dia..
sayang... kalau dia tahu, sebenarnya..aku sayangkan dia bukan seperti aku menyangi sesiapa..dan aku dah sediakan tempat yang paling selesa untuknya dalam hati aku....

tapi dia kurang tahu..kurang mengerti..kurang memahami..kurang mencari tahu..

kerana cara aku membuat dia seolah-olah tak dihargai..
sayang.. aku terlalu teruja menerima dia dalam hidup aku.. sehinggakan aku terlupa bagaimana cara untuk buat dia bahagia..

tapi...

cara aku salah.. aku tlah menyakitinya.. dan mungkin dia sedar, semua salah aku itu..

mungkin cinta sejati itu bukan milik 'kita'................